Ahad, 14 Disember 2008

BUDAYA BUKA SEKOLAH 2009

Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar tingkatan dua, tiga, empat dan lima tahun 2009 bahawa budaya buka sekolah akan diadakan pada hari Sabtu 3 Januari 2009. Pelajar dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian sekolah yang lengkap. Buku teks dan jadual persekolahan akan diedarkan pada hari tersebut. Pelajar-pelajar juga dikehendaki membeli keperluan sekolah seperti buku latihan dan alatulis serta pakaian sukan di kedai buku sekolah.

KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2009

Adalah dimaklumkan bahawa surat-surat telah diposkan kepada mereka yang telah berjaya di dalam ujian dan temuduga baru-baru ini. Semakan boleh dibuat melalui nombor telefon sekolah 04-7694233 atau Cikgu Roshidi 012-4487569. Sila buat pengesahan sebelum 20 Disember 2009 ini samada datang sendiri atau melalui telefon.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pendaftaran pelajar baru akan diadakan pada hari Khamis, 1 Januari 2009 mulai jam 9.00 pagi.